Teater Perdana
nnnnnn 2006 nnnnnn

Blog ini merupakan satu jurnal khas bagi merakamkan perkembangan-perkembangan semasa projek Teater Perdana Sabah 2006. Ini memberi peluang kepada komuniti umum Sabah (khasnya para penggiat seni dan teater) mengikuti proses perjalanan projek ini secara telus serta terbuka. Dokumentasi maklumat yang dipaparkan dalam blog ini boleh diakses tanpa limitasi. Laman ini diharap boleh membantu menyemarakkan lagi budaya teater di negeri ini.




Anjuran:
DBP (Cawangan Sabah)


Tenaga Produksi


Penerbit:
Zubaidi Abas


Penolong Penerbit,
merangkap Pegawai Projek:
Nadin Hj. Salleh


Pengarah:
Ramli Jusoh


Pen. Pengarah:
Mastari Kanjabun


Pengarah Teknikal:
Abd Karim Gullam


Pereka Set:
Hj. Manchu Kula



Barisan Pelakon


Ali Ahmat:
Opas Rustam


Nurul Syafiqah Abdullah:
Salma


Mat Nur Makbul:
Udin


Jaipin Lenggau:
Rustam Muda


Nurul Fadzilah Noordin:
Aina


Hasmin Azroy Abdullah:
Imam Marajakim


Abd Hamid:
Mejar Jeneral Akashi


Rukiah Bundoi:
Salma Muda


Helmie Jay Jay Jimie:
Azib


Mohd Ikhwan Jasnie:
Orang Jepun


Zahira Zubaidi:
Perempuan Muda


Afida S:
Perempuan Tua


Stella James:
Pegawai Kebajikan




Info Semasa

Minggu 5: Latihan Lakon & Vokal
Minggu 4: Rekabentuk Set
Minggu 3: Intepretasi Skrip
Minggu 2: Suaimesra Pentas


Arkib Maklumat

Surat Layang?
Barisan Produksi


Arkib Video Klip

Mastari sedang beraksi!
Nostalgia Opas Rustam
Amukan Jeneral Akashi





rss feed



Wednesday, September 13, 2006
Selamat Datang

 

 

...... ke laman informasi

Projek Teater Perdana 2006.


Tarikh Pementasan:
11 dan 12 September 2006

Tempat:
Dewan Besar
Dewan Bahasa dan Pustaka


Informasi dalam laman ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Jika ada sebarang maklumat yang tidak tepat atau kurang lengkap, sila maklumkan kepada penyelenggara hompej. Saudara/i juga boleh tinggalkan komen pada ruang yang ditetapkan.


Dinukil pada 12:09 am oleh Rem
 

Tuesday, September 12, 2006
Skrip Detik-Detik Perjuangan: signifikan sejarah...

Saya tertarik sangat dengan pemerhatian dan pandangan Hasyuda Abadi. Kebetulan saya sendiri tidak berkesempatan menonton pementasan tersebut. Justeru, saya juga tertanya-tanya….. bagaimana agaknya penangan sutradara Cikgu Ramli ketika menzahirkan 'Detik-Detik Perjuangan' di atas pentas.

 

Saya tidak berniat mahu mengulas pementasan teater itu secara spesifik sebab saya tak menontonnya. Saya pernah hadiri sesi latihan beberapa kali, tapi saya tak pernah melihat tautan pementasan secara holistik. Jadi, tidak adil kalau saya mahu menghakimi pementasan ini.

 

Cuma saya ingin memberi reaksi pada beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh HA tentang 'semangat dalaman', fakta sejarah dan falsafah di sebalik skrip olahan Hj. Sairah Antin ini. Saya tertarik dengan beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh HA:

 

Isu pertama: "Bagaimana pula dengan nilai-nilai yang seharusnya ditonjolkan dari teks teater tersebut?"

 

Ya, saya sangat setuju dengan soalan provokatif ini. Sebagai sebuah teater perdana yang disaksikan 'secara perdana' oleh komuniti Sabah, 'nilai-nilai' dalam teks harus dipentaskan cukup untuk menggambarkan semangat perdana Sabah yang sebenar. Dalam mana-mana skrip teater pun,  ada pelbagai nilai yang boleh ditonjolkan menerusi adaptasi lakon pentas. Skrip hanya memberi plot, watak dan naratif cerita. Tapi bancuhan 'nilai' adalah interpretasi sepenuhnya oleh pengarah dan pelakon.  Terpulang kepada kebijaksanaan proses sutradara dan lakonan untuk mengangkat nilai-nilai yang relevan kepada tempat, masa dan situasi pementasan. Saya tidak pasti nilai mana yang diangkat secara signifikan dalam pementasan ini. Tapi kalau merujuk kepada teks, antara nilai-nilai yang boleh ditonjol adalah: 

 

  • kasih sayang dan prihatin (Aina)kejumudan dan kekolotan (Pak Rustam dan Usin)
  • dendam nostalgia (Salma)
  • daya nasionalisme (penentangan pada Jepun)
  • nilai ketatanegaraan (kecintaan pada tanah air menerusi perjuangan)
  • nilai pasif dan daif tertekan (paparan kekejaman Jepun)

 

Selain yang disebut di atas, ada lagi puluhan nilai lain yang boleh dirasai kehadirannya dalam karya Hj. Sairah Antin ini. Tapi bukan semua nilai itu signifikan dengan konteks 'majlis perdana'. Barangkali, inilah isu yang HA ingin bangkitkan dalam persoalannya yang agak provokatif itu. Kebanyakan ulasan dan pemerhatian teater di Sabah sangat cenderung membicarakan tentang aspek teknikaliti dan kekuatan persembahan semata-mata. Tapi jarang mahu membedah nilai-nilai yang dibawa. Teater yang gagah dari segi persembahan dan tarikan estetika teknikal (bentuk) belum tentu menggalas 'nilai' yang munsabah. Begitu juga, adakala teater yang bobrok penghasilan teknikalnya, bisa menjadi kaya dari segi 'nilai'.

 

Saya tidak tahu teater Detik-Detik Perjuangan Ini jatuh dalam kategori mana. Namun, pandangan yang diutarakan oleh Hasyuda Abadi amatlah sesuai untuk ditilik dan ditimbang. Memperkatakan  tentang nilai – merupakan percubaan untuk melihat pementasan teater lebih daripada sekadar kulit, tapi jauh ke lubang jantung! 

 

Isu kedua: "Bendera yang tiba-tiba dikibar? Mengapa bendera British? Mana Britishnya?"

 

Bendera British? Saya tidak tahu bagaimana ini terjadi. Yang kita semua tahu, perjuangan Gerila Kinabalu hanya eksklusif semasa era penjajahan Jepun. Ya, barangkali memang ada tempias imej Gerila Kinabalu yang tersisa pada zaman pra dan pasca pendudukan Jepun(i.e. secara sejarahnya, Borneo ketika itu berada dalam kuasa British). Tapi Gerila Kinabalu (dalam konteks perjuangan) hanya SIGNIFIKAN dan RELEVAN pada detik pendudukan Jepun itu sendiri. Ia tidak melangkau zaman (sungguhpun, British kemudiannya mengiktiraf perjuangan mereka). Justeru, saya fikir imbauan nostalgia perjuangan Gerila Kinabalu wajar dibataskan pada era pendudukan Jepun sahaja.

 

Isu ketiga: "Wajarkan Gerila Kinabalu pimpinan Albert Kwok dijadikan pejuang penting berbanding Tun Mustapha?"

 

Isu ketiga ini saya agak kurang sependapat dengan Hasyuda Abadi. Ini adalah satu perbandingan yang kurang adil. Kenapa? Kerana perjuangan Gerila Kinabalu dan perjuangan Tun Mustapha tidak ada sebarang titik persamaan dari segi: modus operandi, latar zaman dan politik semasa, serta sumbangan sejarah. Gerila Kinabalu adalah satu gerakan berkumpulan. Ia bersabit dengan isu pemuakatan komuniti dan sinergi bangsa majmuk (etnik Cina dan suku tempatan). Tun Mustapha pula lebih dilihat sebagai ikon personal, dengan karisma dan daya kepimpinan bersifat individu. Hala perjuangan Tun Mustapha lebih kepada konteks 'diplomatik' (kerana situasi politik tempatan ketika itu memang mengizinkan demikian).

 

Manakala, Gerila Kinabalu berjuang dengan metod 'gerakan gerila' kerana iklim sosio-politik tempatan ketika itu memang hanya mengizinkan penentangan yang begini. Tun Mustapha memberi inspirasi semangat kebangsaan Sabah pada kerangka definisi 'sejarah mutakhir Sabah'. Sedangkan Gerila Kinabalu mengasaskan cetusan inspirasi itu bermula dengan 'kerangka sejarah sifar'.

 

Kerana semangat berani Gerila Kinabalu (yang kebanyakan ahlinya terkorban dibunuh) menentang pendudukan Jepun - maka, lahirnya pembaharuan jiwa kepada komuniti Sabah. Selepas negeri ini dipulangkan ke tangan British (bila tewasnya Jepun), penduduk Sabah dapat inspirasi untuk mendapatkan kemerdekaan dari British. Salah satu mangkin terkuat ini datangnya daripada tinggalan 'semangat' Albert Kwok dan Gerila Kinabalu, yang begitu berani menentang Jepun. Penduduk Sabah mula terfikir, kalau kita boleh bangkit melawan Jepun, kenapa kita harus tunduk pada British untuk selamanya?

Pendek kata, dua-dua ikon sejarah ini SAMA PENTING dalam mencorakkan warna nasionalisme Sabah. Mereka beri sumbangan tersendiri, dengan kesukaran-kesukaran yang berbeza. Tentu sekali, mereka juga akhirnya mengabadikan 'kemenangan-kemenangan sejarah' dengan penyudah yang berlainan. Kerana itu saya katakan, membandingkan sumbangan Tun Mustapha dan Gerila Kinabalu, sama seperti membandingkan air kelapa dan ikan kembung. Ia tidak patut. Ia tidak munasabah. Ia tidak relevan.

 

Cuma, dalam konteks pemahaman sejarah Sabah (bahkan, Malaysia!) - perjuangan Gerila Kinabalu sering diabaikan. Mereka tidak dapat pengikirafan yang sepatutnya. Seolah-olah darah mereka tidak pernah berharga dalam menentukan susur-galur kemerdekaan Sabah. Yang dipuja-sanjung hanya ikon-ikon 'nampak' (pasca-Jepun) seperti Tun Fuad dan Tun Mustapha. Adakah keringat mereka lebih berharga daripada darah pejuang Gerila Kinabalu? Interprestasi sejarah formal kata begitu. Adakah ia benar? Tidak semestinya. Sejarah Malaysia pun banyak disandarkan kepada nilai sentimental, dan bukan fakta empirik. Contohnya, 31 Ogos dinobatkan sebagai kemerdekaan Malaysia – sedangkan Sabah dan Sarawak (dua entiti utama dalam pembentukan Malaysia) tidak dimerdekakan pada tarikh ini!

 

Inilah semangat yang mahu ditonjolkan dalam teater ini. Supaya terangkat semula sejarah dan nostalgia yang semakin pudar dan dilupakan. Biar kita orang Sabah sendiri yang mengangkatnya. Jangan tunggu sampai Faisal Tehrani keluarkan novel 'Gerila Kinabalu', barulah kita semua tersedar tentang pejuang-pejuang yang dilupakan ini. Pemilihan skrip ini bukan mahu menidakkan perjuangan Tun Mustapha atau Tun Fuad (yang memang sudah tercatat unggul dalam sejarah Sabah dan Malaysia). Tapi pemilihan skrip ini saya lihat sebagai memberi satu keadilan kepada mereka yang dilupakan.

Kalau bukan dalam Teater Perdana, di mana lagi, kan? Saya percaya, sejarah Sabah terutamanya – memerlukan satu interpretasi baru yang lebih adil dan seimbang!

 

Rem
Laman Blog Peribadi: Tanak Dusun


Dinukil pada 11:55 pm oleh Rem
Sudah Ada (1) Komen  

Detik-detik Perjuangan: dari kotak kecil

PS: Ini adalah petikan penuh daripada nukilan Hasyuda Abadi, seorang aktivis sastera Sabah, yang berkesempatan menonton pementasan Detik-Detik Perjuangan secara langsung. Untuk konteks asal tulisan ini, sila lawati laman KEMSAS (Kelab Maya Sastera Sabah).

 

[Moga Allah SWT sentiasa mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarhamah  

 Hajah Sairah Haji Antin. Al-Fatihah...]

 

Ada bezanya membaca teks pada buku dan menonton teks atas pentas. Satu situasi yang normal. Namun telah terjadi bila teks tidak diadun dengan baik dipindahkan ke atas pentas sebagaimana malam 11 September yang telah dihadiri oleh para pembesar Negeri. Maksud saya teks yang sebaik mana sekali pun begitu tertakluk kepada kearifan sutradaranya selain para pemain yang berjaya memainkan watak dan adunan elemen-eleman bantu yang lain. Misalnya fakta yang terpilih atau adaptasi yang sesuai dalam sesuatu adegan wajar diambil perhatian. Sudah tentu telah diamati teks itu sesuai untuk pentas perdana, tetapi selepas tontonan awal (preview maksud saya)  apakah tidak dikesan  kebenaran telah mengatasi sensitiviti masyarakat?

 

Di hadapan anda memang ada pelbagai dimensi manusia yang citra rasanya berbeza antara satu sama lain. Dan apabila di hadapan anda itu seorang pembesar Negeri dimensinya lebih besar lagi. Meskipun citra rasanya belum menentukan nilai mana yang baik dan tidak baik, benar atau tidak benar, sesuai atau tidak sesuai untuk dirinya. Untuk menunaikan citarasa mereka yang mendambai hiburan,  pementasan perdana 'Detik-detik Perjuangan' bolehlah diberikan bintang di tahap baik.

 

Bagaimana pula dengan nilai-nilai yang seharusnya ditonjolkan dari teks teater tersebut? Bendera yang tiba-tiba dikibar? Mengapa bendera British? Mana Britishnya? Wajarkan Gerila Kinabalu pimpinan Albert Kwok dijadikan pejuang penting berbanding Tun Mustapha? Ini berkaitan fakta. Selain daripada itu aksi yang keterlaluan oleh beberapa pelakon yang kadang-kadang kelihatan 'lawak bodoh' yang diulang-ulangkan dalam adegan awal dan gelagat orang Jepun yang ditertawakan penonton, telah menjerumuskan sebuah persembahan perdana jatuh ke tahap biasa-biasa sahaja. Orang tua yang tak batuk tetapi buat-buat batuk (apakah orang tua semestinya batuk atau jalan terbongkok-bongkok?). Saya fikir watak Mejar General Akashi (lakonan Abd Hamid Hj Ikul) terpengaruh dengan lakonan Omar Rojik dalam filem 'Matahari' dan 'Sarjan Hasan'. Terlebih aksinya. Pertemuan Upas Rustam (lakonan Ali Annah) dan Salma (lakonan Nurul Shafiqah)  di hujung cerita juga kurang dramatik, menambahkan lagi puncak pementasan kurang sentuhan.

 

Sekadar tepukan belum mampu melengkapkan tahap perdananya, tahap yang berbeza melainkan sedikit  berbanding dengan dua buah teater yang lalu: Orang-orang Pulau dan 1897. Kita berharap tahap sedikit yang kelihatan dalam pementasan teater perdana 2006 ini akan meningkat di tahun-tahun mendatang.

 

HA


Dinukil pada 11:18 pm oleh Rem
Sila Berikan Komen  

Wednesday, August 23, 2006
Perutusan Pengarah Pementasan: Cikgu Ramli

Ini merupakan perutusan terakhir sebelum pementasan berlangsung pada September nanti. Ia melaporkan perkembangan mutakhir dan menepis suara-suara sumbang yang mempertikaikan pemilihan skrip teater. Selamat mengikuti pesanan beliau...


Benarkah skrip 'Detik-Detik Perjuangan' mendokong agenda
anti kerajaan dan tiada semangat patriotik?



Dinukil pada 01:43 am oleh Rem
Sila Berikan Komen  

Monday, August 14, 2006
Trailer: 'Detik-Detik Perjuangan'

Trailer Pra-Pementasan Teater Perdana 2006


Dinukil pada 12:46 am oleh Rem
Sila Berikan Komen  

Sunday, August 13, 2006
Minggu 5: Perkembangan Semasa


Sekitar latihan minggu ke-5

"Kejam... memang kejam!"

"Mereka semua telah dibunuh..."

Penolong Pengarah, Pereka Set & Pelakon

Penata Muzik, Pengarah Teknikal & Pelakon

"Bodoh... sungguh bodoh!"

"Tendang dan pukul begini bah!"


Dinukil pada 06:34 pm oleh Rem
Sila Berikan Komen  

Monday, August 07, 2006
Mastari mengemudi sesi 'warm-up' vokal




Penolong Pengarah (Mastari Kanjabun) sedang membimbing
sesi warm-up vokal dan lakon-pentas


Dinukil pada 01:38 pm oleh Rem
Sila Berikan Komen  

Sunday, August 06, 2006
Minggu 4: Perkembangan Semasa


Perutusan khas daripada Pengarah Pementasan (Cikgu Ramli) &
Pengarah Teknikal (Karim Gullam)



Sesi 'warm-up' untuk vokal

Khusyuk mendengar arahan pentas

Santai-santai sambil menjamu selera

Model rekaan set pentas


Ramah mesra sesama pelakon

Watak utama Opas Rustam bersama Udin

Penghayatan skrip dan lakonan

Sesi refleksi yang memenatkan!



Dinukil pada 09:26 pm oleh Rem
Sila Berikan Komen  

Sunday, July 30, 2006
Minggu 3: Perkembangan Semasa


Sepatah kata daripada Pengarah Pementasan (Cikgu Ramli)



Kata-kata daripada dua orang bintang muda: Azroy dan Syafiqa

 


Dinukil pada 08:40 pm oleh Rem
Sudah Ada (1) Komen  

Monday, July 24, 2006
Teater Perdana 2006: kontroversi?

 




Bakat tempatan tidak diberi peluang menyinar oleh DBP?

Ini adalah salah satu daripada beberapa siri 'serangan saraf' kepada pihak Dewan Bahasa & Pustaka (Sabah) berhubung perlaksanaan projek Teater Perdana 2006. Secara langsung, ia jadi satu petanda betapa prihatinnya komuniti teater Sabah terhadap aktiviti-aktiviti seumpama ini. Ya, tulisan itu jelas membayangkan satu semangat kompetitif yang serius. Sifat 'peduli' yang begini sudah pasti menjana elemen positif kepada pembangunan teater negeri Sabah, bukankah?

 

Aspek negatifnya pula, serangan ini dibuat secara terlindung, seperti 'baling batu sembunyi tangan'. Tidak dinafikan, ada isu yang dibangkitkan dalam kritikan itu yang boleh dianggap munasabah. Cuma, ia dilakukan dengan cara yang tidak bertanggungjawab. Tulisan tersebut disiarkan secara terbuka dalam media percetakan berstatus negeri, tapi tidak ada sebarang bayangan konkrit tentang siapakah orang 'di sebalik' kritikan tersebut. Paling-paling pun, cuma ada beberapa rumusan umum boleh dibuat tentang penulisnya:

 

  • Beliau sangat tidak berpuashati kerana tidak terpilih dalam produksi Teater Perdana 2006 (Ini bukan pembayang yang baik kerana ada puluhan lagi aktivis lain yang mungkin kurang senang kerana tidak terpilih).
  • Beliau ialah seorang Teaterawan dari Penampang (Ini juga tidak membantu kerana Penampang itu luas. Kita tidak pasti berapa ramai teaterawan di kawasan itu. Lagipun, siapa-siapa saja boleh menyamar datang dari Penampang, kan?).
  • Beliau mempunyai penguasaan tatabahasa Bahasa Inggeris yang sangat sederhana dan suka mencampur-aduk antara past tense dan present tense secara semberono (Pun demikian, pembayang ini juga kurang bermakna kerana kritikan itu mungkin hanya versi terjemahan yang dibuat oleh seorang wartawan separuh-masak; dan ia bukan tulisan asal si Teaterawan Sabah).

Pendek kata, tidak ada banyak clue berguna yang boleh dipakai untuk menyabitkan identiti sebenar penulis surat layang tersebut. Inilah masalah mentaliti aktivitis-aktivis budaya Sabah dari segi hal-ehwal kritikan produk dan organisasi. Mereka sebetulnya amat kaya dengan idea dan gagasan (yang bagus-bagus); tetapi sangat miskin dengan keberanian dan sifat tanggungjawab. Tiada gunanya kita menjaga nuansa adat dengan cara memberi komen-komen yang bersopan-santun, tapi dengan gaya seorang pengecut. Main tapuk-tapuk. Lebih baik tampil dengan kritikan-kritikan yang agak kurang ajar dan brutal – asalkan saja tidak sembunyikan identiti diri.

 

Secara am, tulisan itu mengkritik tiga perkara utama bersabit dengan isu pemilihan yang kurang sesuai: iaitu terhadap skrip, pengarah dan pelakon. Asas kepada kritikan tersebut ialah perihal tiadanya proses penilaian dan ujibakat terbuka. Ini sekaligus dikata membawa kepada pemilihan skrip dan tenaga produksi yang tidak mapan kredibilitinya. Turut dibangkitkan ialah isu 'kronisme' dalam projek-projek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Sesetengah perkara yang dicanang ada logiknya. Tapi perspektifnya amat terpencil dan bersifat agak individualistik. Ya, boleh dipertikai, kan?


Seperkara yang masih boleh diragui dengan kehadiran 'surat layang' seperti ini ialah justifiksi dan motifnya. Pun, yang pasti dan nyata –  ia telah memberi publisiti percuma kepada aktiviti pementasan di negeri ini. Bukankah kontroversi adalah satu bentuk hebahan paling efektif?


Dinukil pada 10:36 pm oleh Rem
Sudah Ada (3) Komen  

Next Page